Wednesday, May 9, 2012

Legendary Moonlight Sculptor - versi bahasa Malaysia -

Legendary Moonlight Sculptor (LMS)

ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang malang atas sebab bapanya berhutang duit dgn 'ah long'. Semua hutang nih terbeban kat budak nih pasal mak bapak dia meninggal dunia masa budak nih kecik lagi.

Dalam pada masa yg sama dia perlu menangung kos perubatan nenek dan kos persekolahan adik dia. Hidup dia hampir berubah apabila dia menjual akaun permainan game yg dipanggil 'The Continent of Magick' (COM) dgn character yg bernama 'WEED'.

Namun duit 3.09 Billion Won (matawang korea) telah lesap begitu sahaja apabila 'ah long' datang mengutip hutang dan dia berjanji akan membuat 'ah long' tuh menyesal kerana membuatkan dia sekeluarga menderita.

Selepas setahun dia membuat kajian dan memantapkan diri dia dgn ilmu pedang dan mempertahankan diri, dia mula bermain 'virtual game' yg dipanggil 'ROYAL ROAD'. berjayakah dia dalam usaha untuk menjadi kaya dan berjaya.

Jgn lupa komen samada perlu untuk saya teruskan usaha menukar bahasa LMS ke bahasa Malaysia atau tidak ok.

Trimas.