Ini adalah Doa Akhir tahun.
Aku dah pun membaca Doa Akhir dan Awal tahun nih, aku berharap awal tahun nih apa yang dirancang akan berlaku dengan lancar insyaalah.
Ini adalah Doa Akhir tahun.
Aku dah pun membaca Doa Akhir dan Awal tahun nih, aku berharap awal tahun nih apa yang dirancang akan berlaku dengan lancar insyaalah.
Ok I know that I need to make this blog more international so that another country and another people like brazil, india and italy can read my blog.
But as a verb in malay says "language is represent a race". So I Mostly know that malay in certain century is a language for all the mercant that make a trading in Malay soil or we called "MELAKA" a country that the other country do not know its in Malaysia.
So now I may make this blog in dual language in malay and English. But please be patient with my English. Hahaha.
Aku suka baca komik sejak aku kecik lagi. Sebenarnya masa aku darjah enam lah aku mula membaca. Atas sebab pencetusnye apabila mak aku beli komik LINGKARAN TERKUNCI. Bagi aku komik nih memberi aku daya imagenasi yang tinggi.
Aku mula berfantasi tentang sesuatu cerita atau lebih tepat lagi aku akan cuba bayangkan apa akan berlaku selepas satu2 buku komik habis aku baca. Dari sini aku dapat berfikir 5 atau 10 step terkehadapan, termasuklah kesan akan sesuatu perbuatan yang aku buat. samaada kesan itu baik atau tidak.
Dan selepas aku baca komik aku mula suka baca novel pendek kanak2, sampai aku 15 tahun aku dah tak dapat diskaun lagi untuk beli buku kelab kenari. kelab kenari nih banyak buku nevel kanak2 yang tinggi imagenasinye.
aku pulak lepas tak dapat baca buku novel kanak2, aku mula baca novel yang dewasa pulak tapi bukan berat sangat sebab aku tak boleh terima kalau cerita tuh terlalu sedih atau terlalu menyakitkan hati.
Nanti aku tiga hari tak boleh lupakan aper yang aku baca atau nampak. Entah kenapa kesan yang aku dapat, terlalu lama aku simpan dalam hati aku. tapi lepas tiga hari aku oklah. hahaha.
okla guys aku ada kerja kena buat Wassalam.
Nak tau ape maksud aku. Semalam jer ada beberapa negara surf blog nih tak taulah part mana tapi dah tentu muka depan ye tak.
Antara negara yang surf untuk bukak jer adalah France, India, China, Austria, Italy, Taiwan dan yang surf dalam beberapa saat dan minit adalah Brazil, United Arab Emirates dan terutama adalah Malaysia.
Korang nak tau macam mana aku tahu ader surfer dari luar negara, mana lagi kalau bukan Google analytics. hahaha.
ok guys wassalam.
Aku tadi tertido, lepas makan roti canai. lepas tuh ntah macam mana aku kat tempat orang bunuh orang. Aku pun dgn sorang brother nih dan ngan awek nih lari lah dari orang tuh.
Masuk kat satu bangunan, aku masuk melalui pintu. Aku masuk je aku jalan dah jauh ntah berapa meter aku kekiri pastuh nampak tangga kebawah dan nampak pintu yang ader cahaya. Masa aku turun aku nampak ader dua pintu, depan aku ngan pintu belah kanan aku, depan aku tuh yang ada cahaya. Dengan rasa takut kena kejar dek pembunuh tuh, awek tuh pilih pintu belah kanan, aku kata tak kita kena pilih pintu depan nih. so aku dgn rasa ragu bukak pintu depan aku dan aku ngan awek tu pun dapat keluar, aku ader pandang belakang jugak lah untuk tengok sama ada pembunuh tuh ader kat tangga ke tak tapi peliknye tak ada.
So, aku, brother tadi ngan awek tuh larilah, yang best nyer awek tu pulak kata kita mesti cari kapal terbang untuk balik rumah, aku pun kata "ye kita mesti cari lapangan terbang untuk belah dari sini". tak lama pun pastuh aku nampak lapangan terbang, dah tu ape lagi kita orang larilah ke situ.
Brother nih pulak nak pergi beli tiket dia kata "On me" mungkin tiket dia bayar kot. so aku ngan awek tuh sambil jalan aku peluk dia dan pegang kepala dia, pastuh aku kata "nama aku Syahidi, so kalau nak panggil, panggil syidi jer ok. kalau jumpa lagi nanti just sebut syiiidiiiiii." aku tengok dia senyum pastuh aku tanya nama aper, tetiba aku hulur buku kat dia, dia pun sign kat situ, pastuh lukis tanda ibu jari keatas empat jari genggam, pastuh tulis Best of Luck.
pastuh aku bole pulak kata aku ader website, nama website aku adalah www.muhammadsyahidi....
aku siap tulis kat buku yang aku bagi dia tuh tapi dgn tak habis tulisnyer dia dah mengadap nama aku tuh macam nama aku unik sangat, padahal aku nak tulis balik Mohd....
pastuh aku boleh pulak bangun dari tido tapi yang terindah nyer sebab aku at a second feel happy dapat bertemu ngan awek yang cun tuh, tapi by now aku dah lupa sedikit demi sedikit wajah dia.
haha tapi tak per lah guys aku pun happy nih sebab kul 9.00 atau 10.00 dah balik shah alam. Esok kerja lah katakan.
ok guys wassalam.
Hei ape nak jadi dgn Bukit Antarabangsa, tanah runtuh, orang meninggal. macam mana pulak ader laluan air kat bawah tanah. Ini boleh jadi macam2 spekulasi nih, mungkin paip bocor ke, saluran bawah tanah pecah ke, yang memungkinkan ada laluan air bawah tanah.
Entah lah harap2 tiada yang runtuh dan meninggal lagi. Siap ader tabung bencana nih, mungkin ok kot.
oklah guys wassalam.
Entah betul entah tidak aku eja rutin tuh, macam memain jer.
Ok sekarang aku tgh cuti sebab, UITM SHAH ALAM tgh cuti sampai awal bulan Januari. Tapi Kalau ikut aku bukan dapat cuti pun, ini pun pasal Raya Haji.
Aku tgh cari duit lebih sekarang nih, Aku jual CD jer, tapi CD Dewan Bahasa Dan Pustaka punyalah. Sekiranya Aku jual satu Pakej consist of dua CD aku dapat untung RM 10. OK lah dari tak dapat ape2 ye tak.
Kalau Korang berminat Email aku kat haysaka@gmail.com dgn mengatakan "Saya berminat", tapi title Kena tulis nama, isi yang kata berminat. After that aku akan hantarkan flier dalam bentuk jpg. Korang boleh baca tapi kalau nak tahu lebih lanjut kena face to face gak aaa.
Ok guys Wassalam.
aku kata begitu sebab semalam potong lembu pun lama baru satu lembu tau. Tapi tadi bukan main lah cepat punya potong sama macam semalam Pukul 2.00 pm habis tau 6 ekor tuh.
Power tak power lah orang2 kat surau nih.bukan aper, semalam sikit jer orang tadi bukan main ramai sampai aku nak masuk join sekali pun takleh.
so, dah nyer aku tolong orang kat dapur masak2 basuh pinggan. Tapi yang best nyer aku dapat makan dululah dari yang lain, hahahaha.
semalam gak aku tengok remaja pasal RC Drift best wooo, tapi aku mana ader duit nak beli kereta tuh. Fuyooo mahal tuh.
ok lah guys aku nak sembahyang kejap dan akan bersambung bila aku nak sambunglah.
ok wassalam.
John Gavin Malkovich (born December 9, 1953) is an Emmy Award-winning, two-time Academy Award-nominated American actor, producer and director.
Rupanyer pelakon, penerbit dan pengarah filem kot. heboh jugak ye walaupun dapat percalonan aper tah.
ooo aku baru baca filem yang dia buat salah satunyer adalah The Mutant Chronicles, yang terlatest sekali dia buat. aku baru jer tgk cerita nih best jugak lah.
tapi horor sikit,hahaha kawan aku download DVD rip yang ader sarikata lagih.
OK wassalam
Aku hari ini dari Pukul 10.50 am tadi aku potong lembu tapi bukan untuk korban, ianya untuk 'aqikah. aku potong sampai kul 2.00 pm tadi.
penat gak aaa, nak potong siap lemak lagi, susah nak potong wooo. aku sekarang nih tgh dengar Aizat- hanya kau yang mampu.
Tadi masa aku tinggalkan surau diaorang tgh buat sop dari lemak2 yang ada daging. hahaha makan sop lah hari ini.
ok sekarang aku tgh dengar Kerispatih-Tapi bukan aku. Aku macam dah tak ada idea nak tulis apa.
OK wassalam.
AKu baru jer tadi letak gambar kat profile aku. so kalau nak kenal aku tengok lah gambar.
tapi jangan buat yang bukan2 tau.
aku tau aku nih, hensem menarik tertarik aku memang tembam, tapi hati baik tau.
ok wassalam
Hai aku baru jer buat blog nih. biar pun dalan IC aku mohd dan bukan Mohammad tapi aku buat ajer aper yang disarankan oleh abang farid.
Nama aku seperti yang tertera di atas kat title tuh. Aku budak programming sama ada software biasa atau Website programming. aku tak pandai sangat. tapi aku nak belajar kalau ada yang sanggup bagi ilmulah.
aku dah lama dah nak buat blog nih, aku ada blog lain gak macam open portal solution dan promotion power.
aku kalau boleh nak ada domain sendiri, dan bukan susah pun nak buat websites nih.kalau ikut cara aku, sesiapa pun boleh ada website dgn harga murah dan boleh siap dalam masa sehari je.
yang penting sanggup nak belaja macam mana nak manage website jelah. Aku kalau ikut hati tak percayakan syarikat2 yang boleh buatkan websites tapi bayar dalam RM 700 keatas.
Sedangkan websites boleh siap sekejap dan dgn harga tak lebih RM 200, paling murah pun RM 50 jer setahun tau, bukan sebulan.
aku bukan aper, aku cakap macam nih sebab nak orang kita nih ada websites setiap orang, malah aku nak artis sendiri ada websites, supaya cerita mereka tak di spekulasikan oleh orang lain.
dan kalau boleh artis tuh sendiri updated. Apa dia tengah buat dia punya life camana.yelah usaha sendiri, untuk promote diri sendiri.
Kadang-kadang kita tak tahu sakit penat susah artis kita nih. Malah orang kita pun nak luahkan sesuatu tapi tak ada chanel yang baik untuk di warwarkan.
ok lah kalau aku cakap panjang lagi esok lusa nak tulis aper ye tak.
Ok wassalam.