Wednesday, February 11, 2009

Fadhilat Ayat Suci Al-quran

>Menghentikan Anjing Menyalak
# Baca surah Al-Baqarah ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu sebanyak sepuluh kali
>Penyayang
# Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat satu ratus enam puluh lima dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi
>Mengunci rumah dengan ayat
# Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak tiga kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat sebelas sebanyak tiga kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah
>Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan
# Hendaklah membaca surah Yassin ayat lapan dan sembilan berulang kali sehingga rasa gementar hilang
>Ayat penerang hati
# Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat tiga puluh lima di Pagi hari dan awal malam
>Membuatkan anak tidak degil
# Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat satu hingga enam dan juga surah al haji ayat dua puluh satu dibaca diatas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan
>Menghentikan Anak menanggis malam hari
# Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup di telinga kanan,kemudian membaca surah semula al-fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup ditelinga kiri
>Mengelakan mengandong anak songsang semasa dalam kandongan
# Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat lima puluh empat diatas kertas dan diredamkan diair dan seterusnya diminum
>Mengurangkan bisa digigit oleh binatang bisa
# Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak tiga kali ditiup ke ibu jari dan letakan ke langit dan kemudian gosok ditempat yang kena gigit
>Mengubat orang yang terkena sihir,guna atau gila
# Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih,kemudian membaca surah yunus ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu dan air tersebut digunakan untuk mandian,ia itu perlu dibuat diluar kawasan rumah yang bersih
>Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
# Hendaklah membaca surah al-taubah ayat satu ratus dua puluh lapan hingga satu ratus dua puluh sembilan semasa berjumpa
>Menguatkan ingatan
# Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat,dilakukan selama tujuh atau lapan malam jumaat berturut-turut :-
# Rakaat pertama - surah yassin
# Rakaat pertama - surah ad dhukan
# Rakaat pertama - surah as sajjadah
# Rakaat pertama - surah al mulk

No comments: