Saturday, December 20, 2008

BAca Komiks

Aku suka baca komik sejak aku kecik lagi. Sebenarnya masa aku darjah enam lah aku mula membaca. Atas sebab pencetusnye apabila mak aku beli komik LINGKARAN TERKUNCI. Bagi aku komik nih memberi aku daya imagenasi yang tinggi.

Aku mula berfantasi tentang sesuatu cerita atau lebih tepat lagi aku akan cuba bayangkan apa akan berlaku selepas satu2 buku komik habis aku baca. Dari sini aku dapat berfikir 5 atau 10 step terkehadapan, termasuklah kesan akan sesuatu perbuatan yang aku buat. samaada kesan itu baik atau tidak.

Dan selepas aku baca komik aku mula suka baca novel pendek kanak2, sampai aku 15 tahun aku dah tak dapat diskaun lagi untuk beli buku kelab kenari. kelab kenari nih banyak buku nevel kanak2 yang tinggi imagenasinye.

aku pulak lepas tak dapat baca buku novel kanak2, aku mula baca novel yang dewasa pulak tapi bukan berat sangat sebab aku tak boleh terima kalau cerita tuh terlalu sedih atau terlalu menyakitkan hati.

Nanti aku tiga hari tak boleh lupakan aper yang aku baca atau nampak. Entah kenapa kesan yang aku dapat, terlalu lama aku simpan dalam hati aku. tapi lepas tiga hari aku oklah. hahaha.

okla guys aku ada kerja kena buat Wassalam.

No comments: