Sunday, December 7, 2008

Berita hari ini - News Today

Hai aku baru jer buat blog nih. biar pun dalan IC aku mohd dan bukan Mohammad tapi aku buat ajer aper yang disarankan oleh abang farid.

Nama aku seperti yang tertera di atas kat title tuh. Aku budak programming sama ada software biasa atau Website programming. aku tak pandai sangat. tapi aku nak belajar kalau ada yang sanggup bagi ilmulah.

aku dah lama dah nak buat blog nih, aku ada blog lain gak macam open portal solution dan promotion power.

aku kalau boleh nak ada domain sendiri, dan bukan susah pun nak buat websites nih.kalau ikut cara aku, sesiapa pun boleh ada website dgn harga murah dan boleh siap dalam masa sehari je.

yang penting sanggup nak belaja macam mana nak manage website jelah. Aku kalau ikut hati tak percayakan syarikat2 yang boleh buatkan websites tapi bayar dalam RM 700 keatas.

Sedangkan websites boleh siap sekejap dan dgn harga tak lebih RM 200, paling murah pun RM 50 jer setahun tau, bukan sebulan.

aku bukan aper, aku cakap macam nih sebab nak orang kita nih ada websites setiap orang, malah aku nak artis sendiri ada websites, supaya cerita mereka tak di spekulasikan oleh orang lain.

dan kalau boleh artis tuh sendiri updated. Apa dia tengah buat dia punya life camana.yelah usaha sendiri, untuk promote diri sendiri. 

Kadang-kadang kita tak tahu sakit penat susah artis kita nih. Malah orang kita pun nak luahkan sesuatu tapi tak ada chanel yang baik untuk di warwarkan.

ok lah kalau aku cakap panjang lagi esok lusa nak tulis aper ye tak.

Ok wassalam.

No comments: